Social Icons

15 Mar 2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2013



Majlis Pelancaran Program Nilam 2013 Sek.Men. Keb. Tunku Abdul Rahman telah di jayakan pada 24 Februari 2013 dengan bertemakan “ Membaca Memperkaya Minda “ dan telah dirasmikan oleh  Puan Hajah Ramlah Binti Mohd Hussain pengetua SMKTAR .

13 Mar 2013

PROGRAM NILAM





APA NILAM ?

Satu program yang menggabungkan atau mengadun kan semua aktiviti  galakan membaca di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai . Ia meliputi penilaian  pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehingga pelajar tamat persekolahan.

6 Mar 2013

SEJARAH SEKOLAH



1. Ditubuhkan pada 3 Februari 1962.Bermula dengan kelas peralihan aliran Inggeris dan En.Borhan Tajuddin diamanahkan sebagai guru Besar .Pada Januari , sekolah berpindah dengan menumpang di Kolej Sultan Abdul Hamid dan di namakan sebagai Sekolah menengah Kedah.Jumlah pelajarnya berjumlah 592 orang ( 365-lelaki , 227 - perempuan ) dengan 22 orang guru.Pengetua pertama ialah En. Ong Leng Gin.

2. Pada 10 Mei 1968, Sekolah Menengah Kedah berpindah ke bangunan sendiri di Mergong di kawasan yang berkeluasan 171/2 ekar mengandungi 3 blok bangunan sekolah ,2 unit rumah guru dan sebuah padang permainan.

3. Pada Mei 1969, sekolah ini dirasmikan oleh YB Mentei Pelajaran , En. Mohd Khir Johari dan namanya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman bersempena dengan nama Perdana Menteri pertama Malaysia,Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman.


 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates