Social Icons

SISTEM DEWEY

Pengelasan Perpuluhan Dewey atau Dewey Decimal Classification (juga dikenali sebagai “DDC”) merupakan pengelasan bahan perpustakaan yang dibina oleh Melvil Dewey pada 1878. DDC merupakan sistem pengelasan buku dan lain-lain bahan perpustakaan yang menggunakan sepuluh kelas pengetahuan utama dan ia merupakan sistem pengelasan terawal di dunia dan paling banyak digunakan di dunia. Lebih 135 negara yang menggunakan DDC ke atas sistem pengelasan bahan perpustakaan di negara masing-masing. DDC digunakan untuk mengurus dan menyediakan akses kepada koleksi perpustakaan masing-masing. DDC juga telah diterjemahkan kepada lebih 30 bahasa di dunia seperti Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Perancis, Bahasa Yunani, Bahasa Hebrew, Bahasa Iceland, Bahasa Itali, Bahasa Korea, Bahasa Norway, Bahasa Rusia dan Bahasa Sepanyol.

Untuk pengunaan SISTEM DEWEY sila ikut link dibawah :
SISTEM DEWEY

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates