Social Icons

26 Jul 2016

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA 2016

Majlis ini telah diadakan pada 7 Julai 2016 yang lalu. Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga sekolah. Walaupun diadakan pada skala yang sederhana berbanding majlis yang sama pada tahun sebelumnya, kemeriahannya tetap terasa dan objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah.Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari aktiviti diadakan di sekolah yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah khususnya dalam kalangan murid. Juadah makan untuk hari tersebut telah disediakan oleh para guru dan juga oleh pihak pengurusan sekolah . Penganjuran aktiviti ini juga bagi menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan dalam kalangan murid.






































No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates