Pada 29 Mac 2015 Pusat Sumber STARAS telah mengadakan lawatan ke UUM untuk Rakan Media. Seramai 44 orang yang mengikuti lawatan tersebut yang terdiri daripada 40 orang rakan media dan 4 orang guru pengiring . Tempat pertama yang dilawati ialah Anjung Tamu yang Anjung Tamu yang terletak di pintu masuk utama Universiti Utara Malaysia (UUM), disini, menjadi ikon terbaru kepada tetamu serta pelawat bagi mendapatkan maklumat umum mengenai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu.Kemudahan berkenaan dilancarkan 15 Jun lalu mengetengahkan imej UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka sekali gus mampu meningkatkan keberkesanan promosi dan hubungan pelanggan.Di sini juga telah dipamerkan pokok sintok yang menjadi mercu tanda universiti ini. Selain itu,Anjung Tamu memaparkan kemudahan-kemudahan asas dan segala sukan yang disediakan di UUM.
Perpustakaan Sultanah Bahiyyah merupakan agenda utama kami di UUM. Pelajar diperkenalkan dengan segala sistem canggih yang tersedia di perpustakaan ini. Perpustakaan ini sangat selesa untuk penuntutnya menikmati kemudahan yang ada. Banyak perkara yang kami belajar daripada lawatan sehari ke Universiti Utara Malaysia.
Galeri UUM merupakan agenda terakhir lawatan.Pelajar di perkenalkan dengan sejarah dan kejayaan
yang di kecapi oleh warga UUM.
No comments:
Post a Comment